Mesin Perah Tebu ‘Makan’ Tuan, Remaja Hilang 4 Jari

GARA-GARA berbual dengan teman, seorang remaja terpaksa menanggung kesakitan melampau apabila jarinya dimamah mesin pemerah tebu.

Kejadian ngeri yang berlaku di Taman Gurun Jaya, tengah hari tadi melibatkan seorang remaja, Mohd Faizullah Norazham, 18, ketika sedang berniaga di kawasan perumahan tersebut.

Ketika kejadian berlaku, mangsa dilaporkan sedang berborak dengan seorang rakan yang datang ke gerainya.

11068027_802824316433453_4883681741963592246_n

Tanpa sedar, tiba-tiba pergelangan tangan kiri mangsa termasuk ke dalam bahagian pemerah tebu.

Mangsa yang panik hanya mampu menjerit meminta bantuan sebelum punca elektrik yang menghidupkan mesin tersebut ditutup. Akibat dari insiden itu, empat jarinya dilaporkan hancur.

Susulan kecederaandialami, Faizullah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

– MYNEWSHUB.CC

Kes Kepala Murid Tersepit Di Kerusi

Loading...