Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Fail Petisyen Kepada...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan petisyen kepada Kumpulan...

Gambar: Kucing Ini Jadi...

RADAMENES, seekor kucing hitam dari Bydgoszcz diberi gelaran 'jururawat' sepenuh masa di tempat perlindungan...

Wanita Kongsi Selfie Tunjuk...

SEORANG wanita dengan berani telah berkongsi gambar selfie dirinya yang menunjukkan kesan kanser...

Khidmat Penjimatan Oleh Sindiket,...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan...

Mesin ATM Diletup, RM260K Lesap Di Dungun

DUNGUN – Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini diletup awal pagi tadi dan wang kira-kira RM260,000 dilarikan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi apabila dua suspek bertopeng dipercayai bertindak memecahkan mesin tersebut yang terletak berhampiran pintu utama bank itu.

Beliau berkata suspek didapati turut menggunakan kuku kambing sebelum memasukkan alat letupan ke dalam mesin berkenaan bagi melarikan wang tunai.

“Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), didapati dua lelaki bertopeng memasuki premis berkenaan serta memecahkan lapisan mesin ATM sebelum meletupkannnya.

“Sejurus alat penggera bank berkenaan berbunyi, unit kereta ronda sampai di lokasi, namun suspek telah melarikan diri,” katanya di tempat kejadian.

Ahmad Zailani berkata sebuah lagi mesin ATM di situ cuba turut dipecahkan, namun gagal.


Menurutnya, suspek mengambil masa kira-kira lima minit untuk melakukan kegiatan tersebut sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti bahan letupan yang digunakan bagi memecahkan mesin tersebut.

Beliau berkata gerakan memburu serta mengenal pasti suspek juga sedang giatdijalankan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori