Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perenang Muslimah Burkini Haram...

WASHINGTON DC - Pakaian renang untuk wanita Muslimah yang dikenali sebagai burkini (sebutan...

Mbappe Lebih Layak Menang...

BINTANG Chelsea, Eden Hazard menepis pujian yang mengaitkan dirinya dengan trofi Ballon d'Or...

Ahmad Dhani Sokong Jokowi...

JAKARTA – Meskipun berbeza parti politik daripada presiden baharu Indonesia, Joko Widodo, pemuzik...

Siti Nordiana Teruja Jadi...

NAMPAKNYA rezeki tidak putus-putus buat penyanyi, Siti Nordiana. jika sebelum ini dia mengembangkan bakat...

Meroyan Lepas Cerai, Ibu Usia 17 Tahun Ditahan Dera Anak

TEMPOH hari kami ada menyiarkan artikel mengenai video kes penderaan bayi yang dipukul seorang wanita secara bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

Video tersebut telah menjadi viral dan mendapat kecaman netizen yang rata-rata tak tahan melihat kekejaman dilakukan terhadap si kecil yang dijangka tak sampai 6 bulan usianya.

BACA: Video..  Wanita ‘Syaitan’ Pukul Bayi Bertubi-Tubi Supaya Diam

Namun atas tindakan pantas PDRM, suspek yang digelar wanita ‘syaitan’ itu berjaya dikenal pasti seterusnya ditahan oleh pihak polis, kelmarin.

Berdasarkan siasatan, suspek yang baru berusia 17 tahun dikatakan bergaduh dan sedang melalui proses penceraian bersama suaminya yang berusia 18 tahun.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kanan Perak Komisioner Datuk Mohd Zuraidi Ibrahim berkata, hubungan yang tegang antara mereka menyebabkan wanita itu melepaskan kemarahan pada bayi itu.

“Kami telah menahan ibu bayi itu. Wanita itu tidak mempunyai sebarang sabitan sebelum ini dan kita sedang menunggu laporan perubatan berhubung keadaan mentalnya,” katanya.


Tambah Zuraini, pihaknya menerima aduan daripada nenek bayi malang tersebut setelah menyedari video itu menjadi viral.

Pasangan remaja ini juga dilaporkan tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga masing-masing.

Rakaman video berdurasi 48 saat yang tersebar dalam laman sosial telah mencetuskan kemarahan ramai yang menyaksikan wanita itu memukul anaknya sambil mengeluarkan perkatan ‘diam’ dan ‘mampus’ tanpa menghiraukan tangisan anaknya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=SYcYvUlzUzM

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ibu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori