Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Messi Dianugerah Pemain Lelaki...

MILAN - Penyerang Barcelona, Lionel Messi memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA dalam...

Pergi Sekolah Bukan Belajar,...

Seorang guru dikatakan terkejut apabila menerima mesej di aplikasi bual Facebook bertanyakan perkara...

Timba Ilmu Dari Sektor...

TOKYO - Banyak yang Malaysia boleh belajar dari Jepun sekiranya mahu mencari sumber...

Kerajaan Bayar Harga Premium...

Kerajaan terpaksa membayar harga premium dalam pembelian sebahagian vaksin Sinovac, antaranya akibat kelewatan...

Mereka Yang Digugurkan Perlu Berlapang Dada

KANGAR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menasihati mereka yang digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) agar berlapang dada dan meletakkan kepentingan parti melebihi diri sendiri.

Katanya mereka yang tidak dicalonkan itu akan diberi keadilan sewajarnya.

“Sebagai pemimpin di Perlis, asas perjuangan saya ialah keadilan. Siapa yang langgar bererti berlawan dengan saya (BN),” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon-calon Barisan Nasional (BN) Perlis di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan segelintir penyokong UMNO yang menunjukkan bantahan termasuk menurunkan bendera BN yang dipasang di beberapa tempat apabila individu pilihan mereka tidak dicalonkan.

Pada majlis itu, Shahidan yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau, turut mengumumkan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berpindah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh ke DUN Bintong.

Shahidan mengumumkan 18 calon yang akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 15 DUN pada PRU14 ini dengan sembilan merupakan muka baharu selain penampilan semula dua bekas anggota Exco kerajaan negeri.

Shahidan berkata beliau yakin BN mampu menang semua kerusi yang ditandingi.

“Selepas itu barulah akan tentukan siapa yang akan memimpin Perlis,” katanya.


Mengenai pertandingan di Arau yang akan membabitkan beliau, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin serta bekas profesor Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Prof Datuk Dr Abdul Rahman Daud, Shahidan berkata pertandingan tiga penjuru memberi kelebihan kepada BN.

Sementara itu Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis menasihati mereka yang tidak terpilih agar tidak membuat spekulasi kerana setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab kepada parti.

“Pucuk pimpinan parti mempunyai hak untuk memutuskan siapa layak dicalonkan. Jadi, janganlah buat spekulasi,” katanya.

Azlan juga berkata beliau sedia memikul amanah menerajui Perlis sepenggal lagi selaku menteri besar sekiranya diberi kepercayaan berbuat demikian.

Sehubungan itu beliau mengajak semua jentera pilihan raya dan juga anggota UMNO agar bersatu kerana segala usaha yang dibuat sejak dua tahun lepas akan sia-sia jika masih ada yang tidak berpuas hati berhubung isu-isu parti. – BERNAMA

Kategori