Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sanggup Gadaikan Nyawa Demi...

SEBUAH video menjadi viral di media sosial memaparkan aksi berani mati seorang lelaki...

Xtra Jumbo Pesta Iklan...

AYUH semua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menyertai XtraJumbo iaitu Pesta...

3 Lelaki Ditahan Rampas...

IPOH - Tiga lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan dadah ditahan bersama pelbagai...

ECRL Disambung Semula Pada...

PEJABAT Perdana Menteri hari ini mengumumkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)...

Menyamar Polis Samun Warga Asing, Wanita

JOHOR BAHRU – Menyasarkan warga asing dan wanita sebagai mangsa, sekumpulan penjenayah menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kegiatan kumpulan itu terbongkar apabila satu laporan polis dibuat Selasa lepas berhubung kejadian samun melibatkan seorang lelaki warga Indonesia.

“Suspek dipercayai terdiri daripada tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis. Bertindak atas kejadian, Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan telah melakukan operasi dan menahan tiga lelaki serta seorang wanita tempatan kurang dari 24 jam,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihaknya turut merampas sejumlah barangan kes yang dipercayai hasil samun daripada suspek yang berusia antara 31 hingga 42 tahun itu.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku telah menjalankan kegiatan samun serta menyamar sebagai penjawat awam di dalam Daerah Johor Bahru Selatan sebanyak 12 kes.


“Mereka telah bergiat aktif sejak tahun 2016 sehingga kini. Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis meth,” kata Shahurinain. – BERNAMA

Kategori