Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gadis 15 Tahun Dirogol...

SUBANG JAYA - Tindakan seorang gadis berusia 15 tahun menerima pelawaan tiga lelaki...

Rakyat Malaysia Boleh Melihat...

GERHANA matahari adalah satu fenomena yang jarang berlaku dan pada tahun ini, ia...

“Saya Bertanggungjawab ‘Rugi’ Urus...

PUTRAJAYA – Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop...

Umur Persaraan 60 Tahun...

SERDANG - Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60...

Menu Istimewa, Masak Anjing Teman Wanita

SEORANG lelaki ditangkap selepas bekas teman wanitanya menuduh dia memasak anjing kesayangannya dan menyajikan kepadanya.

Memetik laporan CNN, Ryan Watenpaugh, 34, ditangkap Khamis lalu atas tuduhan menzalimi haiwan dan menyerang di Palo Cedro, California.

Bekas teman wanitanya memberitahu polis, Watenpaugh berulang kali memukulnya ketika mereka berpacaran

Apabila kembali semula, dia mendapati anjing kesayangannya baka Pomeranian, ‘Bear’ hilang.

Polis berkata, pasangan itu berbaik semula minggu lalu dan Watenpaugh memasakkan wanita berkenaan.

Dia memakannya kerana menyangka ia makanan biasa.

Bagaimanapun, dia kemudian memberitahu polis, Watenpaugh menghantar mesej kepadanya bertanyakan bagaimana rasa anjing itu.


Selasa lalu, wanita itu melihat lelaki berkenaan meletakkan sesuatu di depan rumahnya Apabila keluar, dia melihat dua kaki anjing di muka pintunya.

Polis berkata, Watenpaugh menafi membunuh atau memasak anjing itu.

Ketika menyerbu kediaman lelaki itu, polis turut menemui raifal AK-47 dan sejumlah peluru.

Dia akan didakwa atas tuduhan menzalimi haiwan, keganasan rumah tangga dan menahan seseorang tanpa kebenaran. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIMEBUSTERZ

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori