Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Guru Al-Quran:...

KOTA BAHARU - Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat...

Abang Tembak Lutut Adik...

SEORANG gadis telah ditembak di bahagian lutut oleh abangnya selepas lelaki itu 'bengang'...

Legasi Lee Kuan Yew...

JOHOR BAHARU -- Legasi Lee Kuan Yew akan tetap terpelihara dan terpahat dalam sejarah...

KPDNKK Laksana 2.6 Juta...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan lebih 2.6...

Mengapa FMLLP Bisu Hasrat KAFA Ambil Seydi L’ Imam

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempersoalkan tindakan berdiam diri pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berkaitan rayuan persatuan itu bagi mendapatkan khidmat pemain import dari Perancis, Seydi L’ Imam.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata pihaknya kecewa dengan sikap membisu pihak FMLLP kerana tidak memberikan jawapan terhadap surat rayuan tersebut yang telah dikemukakan sejak bulan lalu.

“Kita sudah menghantar surat rayuan pada 21 Jun lalu dengan alasan dan penjelasan yang lengkap selain telah menglengkapi semua syarat dan dokumen yang dikehendaki oleh mereka (FMLPP),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini FMLLP menolak permohonan Kafa untuk membawa masuk pemain import terbabit bagi menggantikan seorang lagi pemain import iaitu Alessandro Padovani Celin pada jendela perpindahan Liga Malaysia yang lepas.

Sekatan yang dilakukan oleh FMLLP itu dilakukan berikutan Kafa gagal melengkapkan dokumentasi seperti diminta oleh badan pengendali Liga Malaysia itu selain tidak memenuhi kriteria pendaftaran Liga Malaysia.

Ismail berkata KAFA akan menghantar surat pertanyaan mengenai kenapa surat rayuan yang telah dihantar mereka tidak dijawab oleh FMLLP.


“Tindakan diam diri itu akan menjadi persoalan kepada kami. Kenapa mereka tidak menjawap surat rayuan kami. Kami mahu penjelasan dan alasan mereka kerana tindakan ini akan merosakkan kami sehingga kami tidak boleh membuat keputusan mengenai kedudukan Celin (Alessandro Padovani Celin).

Katanya beliau tidak menafikan KAFA ketika ini terdesak untuk mendapatkan khidmat penyerang import berkenaan berdasarkan keperluan semasa pasukan.

“Sememangnya kami mahu mendapatkan perkhidamat Seydi L’ Imam kerana Celin mengalami kecederaan menyebabkan beliau tidak menunjukan mutu permainan yang baik dan kita terpaksa menunggu jawapan daripada FMLLP untuk memutuskan kedudukan Celin sama ada mahu menamatkan kontraknya atau tidak,” kata Ismail. – BERNAMA

Kategori