Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

113 Peneroka Bukit Cerakah...

SHAH ALAM – Seramai 113 peneroka di bawah Rancangan Revolusi Hijau Peringkat II...

6 Lelaki Dituduh Seludup...

KOTA KINABALU – Enam lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Mourinho Kecewa United Tewas...

JOSE MOURINHO tidak lokek memuji kejayaan Manchester City pada Liga Perdana Inggeris, tetapi...

Malaysia Jatuh 5 Anak...

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaysia menutup musim 2016 dengan catatan hambar selepas...

Mengaku Salah Miliki Bahan Berkaitan Pengganas

KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik penyaman udara mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap pertuduhan menggalakkan perbuatan dan memiliki bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Ahmad Faris Zulkefli, 21, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Bagaimanapun, mahkamah akan mendengar fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh esok.

Ahmad Faris mengaku bersalah atas pertuduhan telah menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas melalui aplikasi WeChat atas nama Pak Kodi menggunakan nama mujahidin333 sebagai WeChat ID.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kelumpuk Teratai 16, Jalan 5/56 AU3, Keramat di sini, antara 9 Jun dan 30 Julai 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130G kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.


Ahmad Faris turut mengaku memiliki sehelai baju hitam bertulisan jawi dan gambar-gambar di dalam tablet jenis Ipad Mini yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh di tempat sama, pada 10.45 pagi, 29 Ogos, 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana bahan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Munirah Shamsudin @ Baharum. – BERNAMA

Kategori