Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Lagu ‘Baek’ Joe...

MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Azalina Othman Said...

KAFA Akan Buat Rayuan...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat rayuan terhadap Kerjasama...

Seorang Maut Letupan Bom...

BEBERAPA letupan bom tercetus di sebuah taman rekrasi di Utsunomiya, Jepun mengakibatkan seorang...

Kerajaan Teliti Mekanisme Naik...

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti mekanisme untuk menyegerakan cadangan menaik taraf lesen memandu...

Mendung, Hujan Beberapa Kawasan Pada Hari Penamaan Calon

KUCHING – Cuaca diramal mendung dan hujan di beberapa kawasan di Sarawak, terutama di kawasan pantai, pada pagi hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), Isnin ini.

Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Sarawak, kawasan yang terbabit termasuk Kuching, Samarahan, Betong, Mukah dan Bintulu.

“Bagaimanapun, cuaca bahagian-bahagian lain di negeri ini diramal baik pada pagi Isnin nanti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, suhu minimum bagi seluruh negeri dijangka 24 darjah Celcius manakala suhu maksimum pula boleh mencapai 35 darjah Celcius, katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon mulai 9 hingga 10 pagi manakala hari pengundian pula pada 7 Mei, dan pengundian awal pada 3 Mei ini.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi Bernama menasihati pengundi yang berhasrat untuk turun menyokong calon mereka pada hari penamaan calon supaya bersedia menghadapi cuaca yang tidak menentu.


Beliau turut menasihati penyokong supaya meminta kebenaran pihak berkuasa di kawasan masing-masing untuk membawa payung ke pusat penamaan memandangkan objek tersebut boleh mendatangkan bahaya atau dijadikan senjata.

Dalam pada itu, Wan Junaidi yakin keadaan jerebu di Miri akan beransur pulih dan tidak akan menjejaskan perjalanan pada hari penamaan calon.

Kebakaran terbuka di kawasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram, di utara Miri menyebabkan bandar raya tersebut diselubungi jerebu sejak beberapa hari lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori