Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Taylor Swift Belanja RM4.2...

TERSENARAI antara penyanyi meraih pendapatan paling banyak tahun ini, tak hairanlah Taylor Swift...

Demokrat Kait Bom Dengan...

WASHINGTON - Beberapa anggota tertinggi parti Demokrat melabel ancaman dalam bentuk penghantaran bungkusan...

#KitaLawan: Pemuda DAP Bantah...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP resah kerana pihak polis memanggil ketuanya, Teo Kok...

Gerhana Bulan Penumbra Pada...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra buat kali...

Memperkenalkan Tablet Ternipis Di Dunia, Dell Venue 8 7000

Dell nampaknya telah mengorak langkah dengan pengenalan peranti terbaru mereka dalam arena tablet.

Dinamakan sebagai Dell Venue 8 7000 Series, ia dikatakan sebagai tablet paling nipis didunia yang mana dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z3500 2.3Ghz.

Tablet ini hadir dengan sokongan ‘Intel RealSense Snapshot Depth Camera’ yang mana menawarkan beberapa fungsi seperti sokongan “Selective Focus” dan sebagainya melalui penggunaan snapshot tersebut.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 8.4 inci, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadpaan 2 megapixel dan ruangan storan 16GB.

Menurut Dell juga ,dengan ketebalan hanya 6mm, ia memberikan pesaingnya seperti iPad Air yang mempunyai ketebalan 7.5mm kelihatan agak tebal berbanding peranti tersebut dan reka bentuknya mungkin akan menyebabkan anda hairan bagaimana dengan ketabalan tersebut ia dapat memberikan kualiti spesifikasi yang sangat baik.


Ditambah pula dengan slot kad mikro-SD bersama-sama dengannya, buat masa ini, tarikh jualan tempatan untuk tablet ini masih tidak diketahui lagi.

Sumber: MobileGeeks

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori