Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fitsome Anjur Kelas Percuma...

MASALAH obesiti atau kegemukan melampau semakin meruncingkan di Malaysia hari ini. Dengan angka semakin...

Kasma Daniel Fokus Menang...

HALA tuju Kasma Daniel Kasmayuddin pada tahun 2018 yang sering menjadi persoalan tidak...

3 Maut Bas Sekolah...

BINTULU - Tiga termasuk dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong II, di sini...

PAS Jadi ‘Orang Tengah’...

ALOR SETAR - PAS akan bertindak menjadi orang tengah bagi menjernihkan semula hubungan...

Melaka Pantau Penjawat Awam Cenderung Terlibat Militan IS

MELAKA – Kerajaan Melaka sedang memantau ketat beberapa penjawat awam di negeri itu yang dikesan mempunyai kecenderungan untuk terlibat dalam kegiatan militan IS.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata kumpulan kecil itu yang dikesan sejak tahun lepas, bagaimanapun dilihat tidak menimbulkan ancaman kepada masyarakat pada masa ini.

“Walaupun jumlah mereka yang dikesan berpotensi terlibat dalam kegitan IS ini amat kecil namun, ia perlu dipantau dan diambil tindakan segera kerana kita tidak mahu fahaman ini menular dalam kalangan sebahagian besar yang lain.

“Pemantauan secara terperinci dan proaktif dilakukan pihak berkuasa terhadap individu ini dan kita sedang mengesan dari mana datangnya fahaman ini dalam diri mereka serta siapa lagi yang turut terlibat secara langsung atau tidak langsung,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Taklimat Keselamatan dan Ancaman IS di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah di sini. Taklimat disampaikan Pegawai Bahagian Penyelidikan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman ACP Mohamad Nadzri Mat Isa.

Md Yunos berkata pihaknya melalui beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Melaka turut memberikan sesi kaunseling kepada individu berkenaan bagi memberi kesedaran kesan negatif terhadap penglibatan dengan militan IS.


Beliau berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan dan beberapa agensi lain sedang giat menganjurkan taklimat berhubung ancaman IS melibatkan pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta di negeri itu.

Katanya, usaha itu bagi mengekang fahaman berkenaan daripada menular dalam kalangan generasi muda di Melaka yang kini dikesan menggunakan media sosial bagi menarik penglibatan golongan berkenaan.

“Generasi muda adalah pelapis negara dan mereka mempunyai tugas dan peranan yang lebih besar untuk pembangunan negeri dan negara berbanding melibatkan diri dalam kegiatan IS yang sia-sia,” katanya.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori