Melaka Gateway Jadi Pangkalan Tentera China – DAP

KUALA LUMPUR – DAP menuduh projek Melaka Gateway berpotensi digunakan sebagai pangkalan tentera oleh kerajaan China untuk melindungi kepentingan negara itu di rantau ini.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mendakwa, kerajaan Malaysia perlu menjawab persoalan itu kerana projek berkenaan mendapat kerjasama dari China.

“Konsesi untuk mengendalikan pelabuhan itu akan diberikan kepada syarikat milik rakyat Malaysia atau syarikat milik China. Sejauh manakah akan kepentingan China terlibat?

“Bolehkan kerajaan memberi jaminan pelabuhan itu tidak akan digunakan untuk kepentingan ketenteraan China?” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chin Tong turut mempersoalkan impak kewujudan mendakwa pelabuhan itu ke atas Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Port Klang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini memberitahu Melaka Gateway merupakan projek yang penting bagi menyahut inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’ yang sedang dilaksanakan kerajaan China.

Beliau dipetik berkata, Malaysia menyokong inisiatif ia mampu memberi faedah kepada kedua-dua negara.

‘Satu Jalur, Satu Jalan’ mempunyai dua komponen penting iaitu Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan Laluan Sutera Darat merupakan inisiatif China bagi memajukan lagi sektor ekonomi di rantau Euroasia. – mynewshub.cc

Loading...