Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harap UEC Diiktiraf Bolehkan...

KAJANG - Perjuangan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya...

HSR Mampu Beri Manfaat,...

JOHOR BAHRU - Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) mampu memberi manfaat kepada...

Polis Buru Pelajar Kolej...

Padang Besar : Polis sedang mengesan seorang pelajar kolej swasta kerana disyaki terbabit...

Kebanyakan Maklumat Surat Layang...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang mendapati kebanyakan maklumat di dalam...

Melaka Dilanda Banjir, 3 Pusat Pemindahan Dibuka

MELAKA – Tiga pusat pemindahan banjir dibuka di Melaka berikutan hujan sederhana lebat berterusan dari 6 petang semalam hingga 4 pagi ini yang turut mengakibatkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata tiga pusat pemindahan banjir yang dibuka itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bembam, Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin dan Balai Raya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

“Setakat 8 pagi ini, seramai 42 orang penduduk melibatkan sembilan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SMK Seri Bembam, manakala tujuh orang penduduk daripada dua keluarga ditempatkan di SK Tehel.

“Balai Raya Kampung Seri Jeram pula menempatkan tujuh orang penduduk membabitkan dua keluarga,” kata Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata cuaca di seluruh negeri dilaporkan mendung dan hujan renyai di beberapa kawasan, namun sehingga kini tiada tanda menunjukkan paras air meningkat.

Katanya agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Polis Diraja Malaysia sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Kategori