Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pulau Di Mersing Ditutup...

JOHOR BAHRU – Pulau-pulau pelancongan di daerah Mersing dijangka ditutup pertengahan atau akhir...

Satiananthan Naik Angin Tiga...

MARAN - Ketua jurulatih Felda United, B. Satiananthan ‘naik angin” dengan tiga tonggak...

Sultan Ibrahim Sedia Balas...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah akan mengutus kembali...

Akhirnya… Hanyut Mula Ditayangkan...

AKHIRNYA, filem Hanyut bakal menemui penonton tanah air bermula 24 November ini selepas...

Melaka Anjur Showcase SDSI Bermula 18 Dis Ini

MELAKA – Kerajaan negeri akan menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) kali ke-11 di perkarangan Hentian Rehat dan Rawat Pusat Transfromasi Luar Bandar Sungai Rambai arah Selatan di Jasin di sini selama tujuh hari mulai 18 Dis ini.

Pengerusi Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Hasan Abdul Rahman berkata kira-kira 150 usahawan dari dalam dan luar Melaka termasuk agensi dan jabatan kerajaan akan mengambil bahagian.

Beliau berkata penganjuran Showcase SDSI yang sebelum ini diterajui sepenuhnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merupakan platform terbaik bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan industri kecil tempatan serta membangunkan ekonomi golongan itu.

“SDSI merupakan program pembangunan ekonomi yang menyumbang pada peningkatan pendapatan yang berterusan dan memberi impak positif pada kesejahteraan rakyat dan masyarakat setempat,” kataya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun program tersebut dianjurkan kerajaan negeri, namun ia turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada MITI bagi memastikan kelancaran acara tahunan itu.

Hasan berkata penganjuran SDSI itu merupakan pelengkap kepada rantaian keusahawanan di negara ini melalui jalinan strategik antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri, Perbadanan Kemajuan negeri, Melaka Halal Hub dan Majlis Amanah Rakyat.


Penganjuran bertemakan ‘Dari Desa ke Persada Dunia’ itu mengetengahkan empat kluster iaitu makanan/minuman, produk kesihatan, kraftangan dan inap desa.

“Antara kriteria bagi penyertaan showcase tersebut termasuk kegiatan usahawan itu perlu melibatkan komuniti setempat, mempunyai keunikan ciri atau keistimewaan setempat serta produk yang diketengahkan menggunakan sumber tempatan seperti bahan mentah dan sumber tenaga manusia.

“Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan perlu mewujudkan rantaian nilai ekonomi serta menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, selain merupakan produk halal,” katanya. – BERNAMA

Kategori