Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bursa Malaysia Suram Pada...

KUALA LUMPUR - Saham-saham mewah yang terjejas teruk, mengheret Bursa Malaysia ke paras...

Selepas Perkasa, KPN Jadi...

TIDAK habis-habis buat provokasi dan memang gila betul!Sehari selepas cuba cetus huru-hara dengan...

Tukar Beg Udara Atau...

PUTRAJAYA - Pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg...

Pasangan Curi Wang Tabung...

Kuala Lipis - Sepasang kekasih yang merancang berkahwin pada Mei tahun depan diberkas...

Mehmet Sedia Berdepan Cabaran PKNS FC

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih ​​​​​​​Perak, Mehmet Durakovic ternyata berpuas hati dengan pencapaian pasukannya dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2018 apabila berjaya menempah slot ke suku akhir.

Biarpun tumpas 1-2 kepada Felcra FC pada perlawanan akhir Kumpulan A Sabtu lepas, jurulatih kelahiran Australia berusia 52 tahun itu, gembira dengan prestasi pemainnya kerana berjaya mengutip 10 mata untuk berada di tempat kedua di belakang Terengganu FC.

Menjelang pertemuan menentang juara Kumpulan B, PKNS FC di peringkat suku akhir minggu ini, beliau berkata pemainnya berada dalam keadaan baik dan momentum positif ditagih bagi mengekalkan matlamat mereka menjulang kejuaraan itu sekali gus menamatkan kemarau 18 tahun tanpa trofi berprestij itu.

“Bukan sesuatu yang mudah jika kalah tetapi sejujurnya saya gembira dengan pencapaian pasukan. Saya berpuas hati dengan kemajuan mereka. Kini kita memberi tumpuan berdepan PKNS FC. Kita akan kembali ke Ipoh dan membuat persiapan bagi membentuk pasukan mantap menjelang perlawanan itu.

“PKNS sebuah pasukan sangat bagus, prestasi pemain mereka hebat. Mereka memiliki pemain tempatan sangat baik dan berpengalaman. Saya jangkakan perlawanan sengit, namun jika pemain beraksi dengan corak permainan ditampilkan sebelum ini, kita mampu memberi tentangan sengit kepada mereka,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Saingan Piala Malaysia 2018 menyaksikan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT); juara 2013 dan 2014 Pahang; Sabah; Kelantan; Felda United; PKNS FC, Terengganu dan Perak mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir.


Sementara itu, antara pasukan terbaik tempatan seperti juara 33 kali Piala Malaysia Selangor dan juara 2016 Kedah, gagal melayakkan diri ke suku akhir selepas masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dalam kempen peringkat kumpulan.

Untuk rekod, kali terakhir Perak merangkul Piala Malaysia ialah pada 2000 selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. – BERNAMA

Kategori