Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Pantau 46...

JOHOR BAHARU - Polis akan meningkatkan pemantauan di 46 lokasi yang kerap berlaku...

KRT Di Sabah Disaran...

RANAU, - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sabah harus berupaya menjana dan meningkatkan...

900 Stesen Shell Terjejas...

PETALING JAYA - Gangguan komputer pada sistem pemantauan berpusat Shell Malaysia melumpuhkan operasi...

KDN Warta Larangan Penerbitan...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap pencetakan, penerbitan dan pengedaran dua...

MCPF Cadang Program Pementoran Komuniti

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya program pementoran diterajui komuniti diperkenalkan di negara ini bagi membimbing dan mempengaruhi golongan muda agar mereka menjauhkan diri daripada jenayah, kata Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Naib pengerusi kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye ketika menyuarakan cadangan itu berkata, walaupun kedaulatan undang-undang penting dalam memastikan rakyat sentiasa mematuhi peraturan, tetapi , dalam jangka panjang, komitmen komuniti secara proaktif dalam mencegah jenayah mempunyai kesan positif yng lebih jauh dan meluas terhadap segenap lapisan masyarakat.

Sambil mengambil pergerakan Big Brothers and Sisters (BBS) di Jepun sebagai contoh, Lee berkata program itu berkesan dalam memberi bimbingan kepada golongan muda dan membantu membina jati diri mereka agar tidak terdorong untuk melakukan jenayah.

“Program itu sama seperti program mentor-mentee yang diperkenalkan dalam industri. Dalam program ini (pementoran komuniti), individu dewasa (mentor) terpilih akan ditugaskan mengawasi, membimbing dan menjadi suri teladan bagi remaja agar mereka dapat membina kehidupan positif, yang bebas daripada aktiviti jenayah serta tidak sihat,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Lee berkata beliau merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Jepun di Malaysia Makio Miyagami bagi membincangkan dan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang program BBS serta cara untuk memperkenalkannya di negara ini.

“Jepun terkenal sebagai negara dengan kadar jenayah paling rendah di rantau ini. Saya percaya terdapat perkara positif yang boleh kita pelajari daripada mereka sebagai usaha jangka panjang untuk menjadikan persekitaran jalanan dan masyarakat kita lebih selamat,” katanya.


Pergerakan BBS, yang diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 1904, dilaksanakan dengan berkesan di Jepun sejak 1947.

Program itu menggunakan khidmat sukarelawan matang sebagai pembimbing dan untuk mempengaruhi golongan muda, terutama mereka yang berisiko menjadi delinkuen juvenil, supaya tidak terlibat dengan jenayah. – BERNAMA

Kategori