Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Malaysia Raih 2 Emas...

PUTRAJAYA - Dua perenang negara, Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan melakar...

Rayuan Terakhir Sabitan Kes...

Kuala Lumpur: Berdepan peluang terakhir mempertahankan diri, Datuk Seri Najib Razak bakal mengemukakan...

Hilang RM7.9 Juta: 7...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengantung tugas tujuh pegawai dan...

Malaysia Selar Nasihat WHO...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi mengetepikan minyak sawit apabila...

MCA Mula Kenal Pasti Calon Untuk PRU14

KUALA LUMPUR – MCA mula mengenal pasti calonnya yang sesuai bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata bakal calon ini diminta sentiasa berusaha menambah baik kemampuan masing-masing berlandaskan prinsip utama untuk merapatkan jurang yang wujud antara mereka dan pengundi.

“Untuk memenangi hati rakyat pada zaman ini, kita perlu melihat kepada pelbagai masalah yang dihadapi orang ramai.

“Kita perlu berkomunikasi dengan mereka, termasuk melalui dialog dengan mereka dan berada bersama mereka ketika susah dan senang. Sekiranya kita tidak dapat mengadakan dialog dengan mereka, kita perlu menghubungi mereka secara peribadi,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 parti itu di Wisma MCA, di sini hari ini.


Liow berkata, untuk membolehkan MCA meraih sokongan, parti itu perlu cuba memahami rakyat dengan sepenuhnya dan menjadikan mereka memahami MCA dengan sepenuhnya.

“Kita perlu memperkatakan tentang realiti politik di Malaysia, tentang menjaga hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia, tentang pembangunan ekonomi, tentang masa depan generasi muda kita dan pendirian MCA tentang isu-isu ini,” katanya.

MCA hanya menang tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PRU13, 2013. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori