Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sah Berlaku Kejadian Buli...

SUNGAI BULOH – Seramai tiga pelajar lelaki tingkatan 4 telah diambil keterangan berhubung...

3 Beranak Belajar Sekelas,...

KUANTAN - Pasangan suami isteri serta seorang anak lelaki mereka berkongsi kegembiraan hari...

8,900 Polis, PVR Perak...

IPOH - Seramai 8,900 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Perak akan ditugaskan pada...

Peperiksaan SPM Bermula Libat...

KUALA LUMPUR - Pelajar tingkatan lima sekolah menengah di seluruh negara mula menduduki...

MBM Turut Sumbang Bakti Banjir Pulau Pinang

NIBONG TEBAL – Banjir melanda negeri ini sejak Sabtu lepas, turut mendapat perhatian Majlis Belia Malaysia (MBM) yang turun padang membantu meringankan beban mangsa terlibat.

Sekretariat Belia Pulau Pinang, Hazrul Hafizi Abd Halim, 32, berkata MBM amat prihatin dengan bencana menimpa majoriti masyarakat setempat di negeri ini, yang menyebabkan kehilangan harta benda, kerosakan tempat tinggal dan kelengkapan.

“Atas keprihatinan MBM, kami menggerakkan lebih 200 anggota MBM di beberapa negeri termasuk ibu pejabat dari Putrajaya serta Johor bersama-sama menggembleng tenaga membantu mangsa banjir di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata MBM akan bergerak bersama-sama Rakan Muda negeri, di samping pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam menyalurkan bantuan makanan dan keperluan lain yang diperlukan mangsa terlibat.

Hazrul Hafizi yang juga seorang aktivis kemanusiaan, berkata buat masa ini, MBM akan menyalurkan bantuan dari segi logistik seterusnya mengagihkan barang-barang keperluan ke semua daerah di negeri ini yang terjejas dengan banjir.

“Memandangkan keadaan banjir di rata-rata kawasan masih belum surut, kami jadualkan pergerakan anggota kami petang ini.

“Hari ini juga, kami akan lakukan kerja-kerja pembungkusan 1,000 paket barang-barang terdiri daripada makanan kering dan barang keperluan harian untuk diagih ke pusat-pusat pemindahan mengikut kesesuaian dan keperluan,” katanya.


Hazrul Hafizi turut menyeru anggota masyarakat untuk mengenepikan soal politik kerana fokus utama kini adalah membantu golongan yang memerlukan.

“Ketepikan soal politik dan kami di MBM juga tidak akan lupa untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tidak kira peringkat umur dalam menghadapi sebarang musibah,” katanya.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu, yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Kategori