Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Bincang Dengan Peguam...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu sebelum...

Remaja Mati Dipukul Kerana...

MELAKA - Polis tidak menolak kemungkinan dakwaan kematian seorang remaja lelaki berusia 16...

“Kena Sepak Beramai-Ramai Di...

PENYANYI Ariz (Forteen) mendedahkan pernah mengalami kemurungan akibat menjadi mangsa buli ketika berada...

Pegawai Perubatan Didakwa Lakukan...

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan dihadapkan ke Mahkamah...

MB Perak Mahu Pemantauan Lebih Kerap Kawasan PBT

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mahu pihak berkuasa tempatan di negeri itu termasuk Majlis Bandaraya Ipoh meningkatkan pemantauan di kawasan masing-masing bagi memastikan keindahan dan kebersihan terjaga.

Sehubungan itu katanya beliau akan mengadakan pemeriksaan mengejut di semua kawasan PBT Perak.

“Kita cuma nak pastikan longkang tidak tersumbat, lampu-lampu jalan sentiasa dipasang dan tidak ada yang rosak, rumput dipotong serta jalan pecah dapat diturap,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Semalam, beliau membuat lawatan mengejut di Medan Selera Taman Kanak-Kanak di sini selepas mendapat maklum balas daripada netizen di laman Facebooknya yang meminta beliau meninjau medan selera itu.

Mengulas lanjut, Zambry berkata beliau berbuat demikian sebagai mendengar suara rakyat.

“Mereka (rakyat) mendakwa aduan mereka sebelum ini kepada majlis-majlis daerah atau pihak berwajib tidak diendah, lalu mereka meminta saya sendiri untuk turun. Saya tidak mahu memberi komen tentang itu,” katanya.


Pada masa sama Zambry berkata beliau turut memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri akan berusaha mencari penyelesaian.

Mengenai isu sampah pula, Menteri Besar itu berkata beliau mahu Perak menjadi negeri contoh dari segi kebersihan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang masih bersikap sambil lewa membuang sampah di merata-rata.

“Kalau ada denda yang maksimum kita akan kenakan terhadap mereka ini. Tetapi kita juga perlu terus mendidik dan memberi kesedaran keapda mereka selain mengenakan peraturan lebih ketat,” katanya. – BERNAMA

Kategori