Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

MetMalaysia Nafi Cuaca Sejuk...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan cuaca musim sejuk seperti...

Empat Beranak Ditahan Terlibat...

KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkarkan kegiatan pengedaran dadah bagi pasaran Lembah Klang apabila...

Jaringan Kilat Sumareh Bantu...

KUALA LUMPUR – Dua gol dalam tempoh lima minit oleh penyerang naturalisasi pertama...

Mayat Disyaki Lelaki M’sia...

GLOBAL | Seorang lelaki warga Malaysia dijumpai mati di kawasan luar bandar di...

MB Pahang Salur Peruntukan Khas Perkasa Persatuan Di Pahang

KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menyalurkan sumbangan RM75,000 kepada lima persatuan di negeri ini dalam usaha memperkasakan lagi kegiatan berpersatuan di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain berkata sumbangan itu adalah satu daripada tanda sokongan kerajaan bagi membolehkan persatuan bergerak lebih aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancang.

“Kerajaan akan sentiasa memberi sokongan dan membantu melalui peruntukan sedia ada bagi membolehkan badan ini terus kekal dan aktif. Ia secara langsung dapat menggalakkan rakyat di negara ini terutama golongan muda mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian peruntukan khas tersebut di Yayasan Pahang di sini Rabu.

Lima kelab dan persatuan yang menerima sumbangan itu ialah Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Media Pahang, Persatuan Berbasikal Daerah Jerantut, Persatuan Orang Asli Prihatin Pahang, Kelab Rakan Muda Parlimen Indera Mahkota dan Persatuan Catur Daerah Kuantan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori