Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penagih Dadah Kini Bukan...

KUALA LUMPUR - Penagih dadah kini bukan penjenayah apabila kerajaan bersetuju mengeluarkan kesalahan-kesalahan...

RM1 Juta Untuk Pendidikan...

GENTING HIGHLANDS - Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang...

Hasrat PFA Tarik Diri...

KANGAR - Hasrat Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menarik diri dari Liga Malaysia...

Pendatang Afrika Menang Besar...

MADRID - Kira-kira 35 pendatang Afrika termasuk seorang yang pernah diselamatkan dari bot...

Mayat Wanita Dalam Lubang Bawah Rumah Kontena

JOHOR BAHRU  – Polis menemui mayat seorang wanita dipercayai pemilik sebuah syarikat menjual lori di dalam sebuah lubang di bawah rumah kontena tempat tinggal pekerjanya di Jalan Sri Purnama, Kampung Sri Purnama dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata wanita itu dikenali sebagai Goh Geok Leng, 43, pada mulanya dilaporkan hilang pada jam 7.30 malam semalam oleh seorang daripada pekerjanya.

“Pekerja mangsa mendapati majikannya tiada di tempat kerja dan kali terakhir dilihat kira-kira pada pukul 2 petang semalam.

“Kesemua barang milik mangsa didapati masih berada di dalam pejabat sebelum pekerja mangsa membuat pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan majikannya telah pergi ke belakang pejabat sebelum menghilangkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasil pemeriksaan lanjut, pekerja perempuan terbabit menjumpai kasut majikannya lalu membuat laporan ke balai polis kerana mengesyaki majikannya itu diculik.


​​​​​​​Shahurinain berkata hasil siasatan pihaknya menahan dua pekerja mangsa iaitu dua lelaki warga Myanmar, masing-masing berusia 20 dan 39 tahun, yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Mereka direman mulai hari ini sehingga 20 April ini.

“Kita masih mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai masih bebas,” kata beliau.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk dibedah siasat, kata beliau. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori