Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JDT, Kelantan Lengkapkan Slot...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara dua kali,...

2 Sahabat Didakwa Atas...

JOHOR BAHRU - Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

JDT Kukuhkan Nilai Komersial...

PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa...

Doktor, Pengusaha Taska Antara...

PUTRAJAYA - Golongan profesional seperti doktor dan pengusaha taska persendirian antara yang dikesan...

Mayat Pelajar Lemas Di Cherating Isnin Lepas Ditemui

KUANTAN – Mayat seorang pelajar lelaki sebuah kolej di Kemaman, Terengganu, Muhammad Aiman Abd Khalid, 19, yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama rakan di pantai peranginan Cherating, dekat sini Isnin lepas, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Muhammad Aiman ditemui di persisiran Pantai Teluk Mok Nik, Kemaman kira-kira 10.30 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk proses pengecaman oleh keluarga dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan penemuan mayat mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilancarkan sejak Isnin lepas, dihentikan serta-merta.


Dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Aiman pelajar Kolej Ranako, Kemaman hilang ketika sedang mandi-manda bersama tujuh rakannya di pantai berkenaan.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat pada 6.47 petang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori