Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Koronavirus: Waris Penerbangan Khas...

PUTRAJAYA - Waris kepada 141 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China...

China Didakwa Lancar Kempen...

SHANGHAI – Ibu negeri wilayah Xinjiang, Urumqi yang didiami oleh etnik minoriti Islam...

China Mahu Penari Bogel...

KERAJAAN negara China merancang untuk menghentikan aktiviti popular masyarakatnya yang sering menjemput penari...

Ahli Politik Perlu Bijaksana,...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa ahli politik di...

Mayat Nenek Mangsa Terakhir Rakit Tenggelam Ditemui

BATU PAHAT – Mayat nenek berusia 55 tahun, Lana Ismail, mangsa terakhir yang hilang dalam kejadian rakit tenggelam di Sungai Bekok, Yong Peng, di sini petang semalam, ditemui awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng Penolong Penguasa Bomba Bakarya Mohd Salleh berkata mayat Lana ditemui anggota bomba dan orang awam pada kira-kira 8.15 pagi.

“Mayat Lana ditemui terdampar di tebing di bawah jambatan kira-kira 150 meter daripada lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Turut berada di lokasi terbabit, anak Lana, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, yang terselamat dalam kejadian itu.

Berkaitan: Rakit Hempap Mangsa Selepas Terbalik Di Sg. Bekok

Bakarya berkata seramai 32 anggota bomba termasuk unit skuba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sejak petang semalam.

Beliau berkata anggota bomba bersama bot melakukan teknik pencarian di permukaan sejak petang semalam hingga pagi ini manakala unit skuba turut melakukan penyelaman sejak petang semalam sebelum menangguhkannya pada 2.25 pagi tadi.

Katanya mayat Lana kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, rakit membawa 10 orang yang mempunyai hubungan keluarga itu tenggelam ketika kesemua mangsa sedang menyeberang sungai berkenaan untuk melihat ternakan kambing mereka.

Berkaitan: 2 Beradik Lemas Tragedi Rakit Tenggelam

Dua beradik iaitu cucu Lana, Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan, lemas sejurus kejadian itu.

Anak Lana, Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, turut hilang dalam kejadian itu dan mayatnya ditemui kira-kira dua meter dari lokasi rakit dilaporkan tenggelam, 8.40 malam tadi.

Selain Ali Abdul Raman, mangsa yang terselamat lain adalah Hairaddin Masran, 58, Nor Diana Alisa Hairaddin, 31, Junaidah Yang, 28, Siti Farahida Hairaddin, 26, serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lmk03CQ67sM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori