Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Awek Bertudung Bangga Tayang...

AMBOI, dah cantik bertudung litup tetapi sayang, terpapar sesuatu objek di bahagian lidah...

Melaka Wujudkan Pusat Perdagangan...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan mewujudkan Pusat Perdagangan Hang Tuah di pusat...

AirAsia Tawar Tambang Serendah...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan tambang serendah RM8 sehala...

“Isu Tanah Tuduhan Palsu,...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar Tan Sri Rafidah...

Mayat Nelayan Hilang Akibat Bot Karam Ditemui Pagi Tadi

SHAH ALAM – Mayat nelayan yang hilang selepas bot yang dinaiki bersama dua lagi nelayan lain karam di perairan Tanjong Karang dekat sini telah dijumpai pasukan penyelamat pada pukul 10 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Yeoh Ah Huat, 52 dijumpai pada jarak 4.8 batu nautika dari pesisiran Pantai Bagan Pasir.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutmya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Sani berkata operasi mencari yang masuk hari ketiga hari ini bermula pada 8.30 pagi dan kawasan pencarian diperluaskan sehingga ke pesisir pantai Sekinchan dan Kuala Selangor.

Pada Selasa lalu, mangsa bersama dua lagi nelayan iaitu Lim Ching Chong, 46, dan Teoh Eng Chuan, 56 keluar menangkap ikan dengan bot nelayan kelas B.


Bagaimanapun, bot yang dinaiki mereka karam akibat angin kuat dan ombak besar pada kira-kira 9.10 pagi ketika berada di kedudukan tiga batu nautika dari perairan Bagan Tengkorak.

Lim dan Teoh terselamat apabila dibantu nelayan yang kebetulan berada di kawasan berhampiran semasa kejadian. – BERNAMA

Kategori