Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik...

PETALING JAYA: Pelantikan semula Tun Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah menamatkan...

Reman Anggota Polis, Rakan...

KUANTAN - Tempoh tahanan reman ke atas tiga suspek termasuk dua anggota polis...

24 Kawasan Di Kuala...

KUALA TERENGGANU : Sebanyak 24 kawasan di daerah ini mengalami gangguan kualiti air...

3 Warga Myanmar Maut,...

BUKIT MERTAJAM - Tiga warga Myanmar maut manakala seorang lagi parah dalam pergaduhan...

Mayat Lelaki Ditemukan Di Perairan Kuala Kedah

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung kira-kira 0.5 batu nautika barat muara Kuala Kedah, di sini, hari ini, kata Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad.

Beliau berkata lelaki itu yang dipercayai meninggal dunia dalam tempoh kurang 24 jam ditemukan kira- kira 8.05 pagi oleh seorang nelayan yang kebetulan berada di perairan tersebut dan memaklumkan kepada pihak kami.

Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB) di sini untuk bedah siasat, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya belum menerima aduan daripada orang awam tentang kehilangan anggota keluarga.

“Sekiranya ada ahli keluarga yang didapati hilang, mereka boleh hubungi kami di talian 04-7310579 dan boleh datang ke bilik mayat HSB untuk buat pengecaman,” katanya. – BERNAMA

Kategori