Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri & Seorang...

DUNGUN - Sepasang suami isteri dan seorang pemuda diberkas bersama pelbagai jenis dadah...

Google Maps Rakam Imej...

SEPASANG pasangan kekasih dirakam oleh Google Maps sedang bercumbu di tepi pantai. Wanita yang...

Warga Emas Sanggup Hantar...

DEMI memastikan anak tidak terabai dalam pelajaran, sepasang ibu bapa warga emas sanggup...

Puluhan Penduduk Sesak Nafas,...

JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kulai, di sini, gempar...

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Bagasi Dipercayai Dibunuh

JOHOR BAHARU – Mayat seorang lelaki warganegara Vietnam dipercayai dibunuh, dijumpai di dalam sebuah beg bagasi oleh pemilik premis di sebuah bilik sewa di Jalan Teratai 7, Johor Jaya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Samad Salleh berkata pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik premis pada pukul 2.10 petang yang mengatakan dirinya telah menjumpai mayat selepas menghidu bau busuk di tingkat satu rumah sewanya.

“Pemilik premis curiga dengan bau busuk dan terus mencari punca bau itu, lalu menjumpai satu beg bagasi yang mencurigakan dan mendapati di dalamnya adalah mayat yang telah busuk,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Samad berkata mangsa yang dipercayai telah mati tiga hingga empat hari lepas, terdapat kesan kelar pada bahagian badannya akibat senjata tajam dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Mayat mangsa itu telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu untuk bedah siasat.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Bunuh).

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=PLmQAOVdSmM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori