Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRK Rompin: Keputusan Diketahui...

ROMPIN - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini,...

Mourinho Berang Dengan Martial

ANTHONY Martial meninggalkan jelajah Manchester United di Amerika Syarikat (AS) berikutan hubungan tegang...

Pelakon Shima Anuar Bergelar...

PELAKON yang mencipta nama menerusi filem '7 Petala Langit', Shima Anuar mengumumkan bakal...

Penutupan Penuh Ekonomi: Tuntut...

1. Memetik kepada laporan beberapa media tempatan, melalui satu mesyuarat dalaman antara MITI...

Mayat Lelaki Dibunuh Ditemui Di Mak Mandin

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat Bangladesh ditemui dengan beberapa kesan tikaman dan lebam di tepi jalan di Mak Mandin, Butterworth dekat sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mazlan Kesah berkata mayat lelaki memakai kain pelikat dan kemeja-T merah itu ditemui orang awam pada 3 pagi.

“Mangsa berusia 30-an dipercayai diserang dan dipukul oleh dua lelaki di tepi jalan itu sebelum mereka melarikan diri. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Terdapat kesan tikaman di badan mangsa dan beberapa kesan lebam dipercayai akibat dipukul. Polis turut menemui sebatang besi dan kayu yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata berdasarkan maklumat penduduk di kawasan itu, lelaki berkenaan tinggal di situ dan bekerja di tapak pembinaan berhampiran.


Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis kini mengesan majikan serta kenalan lelaki itu bagi membantu siasatan, katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. – BERNAMA

Video: Jumpa Mayat Dengan 12 Kesan Tikaman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori