Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KTMB Ucap Terima Kasih...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan meluluskan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk semua...

Ramasamy Saman Zakir Naik,...

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan...

Pengguna Pelekat ‘Zombi’ Diancam...

SHANGHAI - Pemandu yang menggunakan pelekat ‘zombi’ pada cermin belakang kenderaan untuk mengejutkan...

Operasi Mencari Bangkai Lion...

JAKARTA - Operasi mencari pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang...

Mayat Kanak-Kanak 8 Tahun Yang Lemas Ditemui

SARATOK – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Augustine Ningkan Bundak yang hilang sejak Isnin lepas, ditemui kira-kira pukul 7.25 pagi tadi di hulu Sungai Awik di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Mohamad Darul Azreen ketika dihubungi Bernama di sini hari ini berkata mayat mangsa yang masih berpakaian lengkap berbaju-T dan berseluar sukan ditemui oleh sepasukan bomba dan penyelmatat dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok dengan bantuan penduduk kampung berdekatan.

Katanya, mayat ditemui terapung di permukaan air oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh kelmarin.

Dalam kejadian pada Isnin lepas mangsa yang berasal dari Rumah Pana Nanga Malong, Sungai Nanga Malong Awik, Saratok dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Awik pada kira-kira pukul 6 petang.

Mohamad berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori