Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Budak Lima Tahun Telan...

COLUMBUS: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Ohio, Amerika Syarikat (AS) terpaksa menjalani...

Kim Kardashian Dedah Kini...

BINTANG program realiti Keeping Up With The Kardashians (KUWTK), Kim Kardashian mendedahkan dia...

“Taat Setia Saya Adalah...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor telah memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik tanah...

Pedofilia Dilarang Dekati Kanak-Kanak...

GENEVA - Switzerland akan menguatkuasa larangan seumur hidup ke atas penjenayah pedofilia daripada...

Maut Terseret Dirempuh Kereta Di Tampoi

Johor Bahru – Seorang pekerja kilang terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Tahana, Tampoi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang, mangsa Saiful Nizam Sukaji, 20-an, meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai turut terseret sebelum dilanggar kereta dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di Kawasan Perindustrian Tampoi dipercayai terseret sebelum dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.


“Mangsa yang berasal dari Kampung Tahana parah di kepala dan badan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=48OGcC1pVNA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori