Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

201 Kanak-Kanak Maut Di...

SANAA - Sejak awal 2017 hingga kini, seramai 201 kanak-kanak terkorban akibat perang...

Anwar Kata Sedia Beri...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Selamat Tinggal Ampang Park...

KUALA LUMPUR - Setelah 44 tahun beroperasi, kompleks beli-belah Ampang Park akan menutup...

Budak 4 Tahun Ditemui...

PORT DICKSON - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui lemas dalam kolam...

Maut Dirempuh Ketika Ke Surau

Kangar – Wanita warga emas maut selepas basikal yang ditunggangnya dirempuh oleh motosikal di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran susur masuk ke Taman Seriab di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.05 malam itu, mangsa, Asiah Khamis, 77, dari Kampung Batu Hampar sedang melintas jalan dengan menunggang basikalnya untuk ke surau berhampiran kawasan rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib berkata ketika mangsa sedang melintas, motosikal ditunggang lelaki berusia 24 tahun gagal mengelak dan merempuh mangsa menyebabkan mangsa tercampak dari basikalnya.

“Mangsa cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal itu pula hanya cedera di bahagian mulut,” katanya kepada Harian Metro.


Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah(HTF) di sini untuk dibedah siasat dan penunggang motosikal sedang dirawat di Wad Kecemasan HTF.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kematian. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori