Mati Ketika Cuba Selamatkan Remaja Bunuh Diri

SEORANG pemuda British, Thomas Bennett, 24, jatuh dari tingkat 14 bangunan kediaman pelajar ketika cuba menyelamatkan seorang remaja yang cuba membunuh diri, semalam.

Bennett, ketika itu sedang menghadiri parti di kawasan kampusnya di University of Hawaii, Honolulu ternampak remaja berusia 19 tahun cuba untuk terjun dari tingkat 14.

Tersentak, Bennett terus memanjat tebing di tepi tingkapnya untuk menghalang tindakan gila remaja terbabit namun malang buatnya apabila terjatuh ketika dalam misi menyelamat itu.

Polis mengesahkan Bennett mati serta merta di tempat kejadian manakala remaja itu mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan kritikal.

Rakan-rakan dan ahli keluarga Bennett menyifatkannya sebagai hero di atas tindakan berani itu. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=gVKIWX22Dss

Leave a Reply