Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cadangan Hari Tanpa Beg...

MELAKA - Pelbagai pihak memberi maklum balas menggalakan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk...

Abdul Hadi Ancaman Kepada...

KUALA LUMPUR : Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Tan...

Kerajaan Disaran Pertimbang Cadangan...

KUALA LUMPUR - Undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, amat...

Beri Subsidi Minyak Hanya...

PETALING JAYA - Kerajaan patut mengehadkan perbelanjaan untuk subsidi minyak hanya bagi golongan...

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

KOTA BAHARU – Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 Sept lepas, berjanji untuk menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkesan dalam melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata ia merupakan satu amanah besar kepada rakyat selepas pengundi memilih Barisan Nasional (BN) pada PRK itu.

“Insya-Allah saya akan sentiasa bersama rakan-rakan dalam BN membantu rakyat dalam memastikan rakyat negeri ini terbela,” katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN Pengkalan Kubor pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah itu diadakan sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini, di hadapan Speaker Datuk Abdullah Ya’kub.

Kemenangan Mat Razi itu mengekalkan status quo apabila BN kekal menguasai 12 kerusi DUN, PAS (32) dan PKR (satu).


Pada PRK itu, Mat Razi, menang dengan majoriti 2,635 undi selepas mendapat 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, yang menerima 38 undi sahaja.

Mat Razi pada PRK itu berjaya menambah majoriti sebanyak 899 undi berbanding ADUN sebelumnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang mendapat 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13.

PRK itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori