Maszlee Mahu Pertingkat Kerjasama TVET Dengan China

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mahu membuka lembaran baharu kerjasama Malaysia dengan China dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam malah memaklumkan telah memberi ucapan pembukaan pada Forum TVET China-Malaysia yang julung kali diadakan di Changsa, China baru-baru ini.

“Forum ini membuka bab baharu dalam kerjasama dua hala Malaysia-China dalam bidang TVET.

“Syarikat-syarikat yang bertemu dengan saya menyuarakan minat untuk membantu universiti teknikal (MTUN) dan politeknik kita menyediakan graduan untuk sektor antarabangsa dan industri yang mencabar,” katanya di Facebook beliau.

Maszlee mendakwa beberapa pihak pada Forum TVET China-Malaysia turut menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia bagi mengikuti latihan di China.

“Saya yakin perkembangan ini akan menandakan bab baharu dalam pendidikan TVET kita pada tahun-tahun akan datang,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Loading...