Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bianco Mimosa Busana Perkahwinan...

KUALA LUMPUR - Bianco Mimosa ditubuhkan pada 26 April 2013 dengan visi untuk...

Rakyat Tak Perlu Sangsi...

KENINGAU - Rakyat tidak perlu lagi sangsi dengan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN)...

Indeks Rasuah Malaysia Tahun...

Skor Malaysia dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI),Transparency International (TI) jatuh untuk tiga tahun...

Jangan Anggap Mualaf Muslim...

PUTRAJAYA - Umat Islam tidak seharusnya mendiskriminasi golongan yang baharu memeluk agama Islam...

Masyarakat Pelbagai Kaum Di Sabah Harus Pupuk Nilai-Nilai Positif

KOTA KINABALU – Penduduk pelbagai kaum di Sabah harus memupuk nilai-nilai positif dalam masyarakat dalam usaha mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata amalan seumpama itu membolehkan masyarakat di sini, untuk berkongsi budaya antara satu sama lain dalam semangat persahabatan dan perpaduan.

“Seperti yang kita sedia maklum, penduduk di Sabah terdiri daripadamasyarakat pelbagai kumpulan etnik, agama dan budaya, selain berbeza dari segi latar belakang.

“Justeru, adalah penting bagi kita semua memupuk dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam masyarakat,” katanya pada majlis perasmian Karnival Tahun Baru Cina di Lintasan Deasoka, di sini malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.


Musa juga gembira kerana karnival yang diadakan pada tahun-tahun sebelumnya, telah menarik kehadiran kaum lain selain masyarakat Cina.

Beliau berkata karnival itu merupakan wadah untuk memupuk keharmonian sosial, toleransi dan semangat muhibah dalam kalangan rakyat.

“Saya percaya karnival dan acara-acara seperti ini akan mengukuhkan lagi persahabatan dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah, dan kita akan menikmati kemakmuran bersama,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori