Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tindakan Nelayan Thai Bantu...

TINDAKAN terpuji seorang nelayan Thailand membantu dua pelancong asing yang tersekat dalam lumpur...

Klip Video Murid Dibuli...

KOTA KINABALU - Klip video yang menayangkan seorang murid sebuah sekolah agama dibelasah...

Mahkamah Benar Guan Eng...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengaku tidak bersalah...

‘Ulat Tiket’ Buat Rakyat...

SEMENJAK awal pagi tadi lagi ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu membanjiri pekarangan Stadium Shah...

Martabatkan Seni Budaya Dan Warisan – Rais

KOTA BHARU – Masyarakat Melayu perlu memartabatkan seni budaya dan warisannya bagi menggelakkan nilai-nilai kemelayuan dalam diri orang Melayu terhakis.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata sekiranya masyarakat Melayu mengabaikan usaha untuk memulihara dan memupuk seni budaya dan warisannya, mereka akan ditelan zaman dan tiada identiti lagi.

“Kalau itu berlaku Raja Melayu pun akan turun dengan sendiri sebab orang Melayu tidak terasa mereka mempunyai Raja dan Sultan yang harus dipertahankan di bawah budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Warisan) pada majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ke-6 di sini, hari ini.

Anugerah itu disampaikan Tengku Mahkota Kelantan, yang juga Pro Canselor UMK, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Sejumlah 1,766 graduan daripada empat fakulti akan turut menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen itu selama empat hari mulai hari ini.

Rais berkata usaha memartabatkan seni budaya dan warisan Melayu itu juga boleh mengelakkan pihak lain memperkecilkan budaya, bahasa dan warisan Melayu.


“Kemaraan bahasa Inggeris, mereka tidak akan berundur, kita mohon supaya bahasa Inggeris tidak menjadi dedalu membunuh bahasa Melayu atau budaya Melayu.

“Kalau kita tidak berbalik kepada budaya Melayu, orang Melayu tidak boleh dipanggil Melayu, bangsa lain tidak sebegitu mereka lebih bebas,” katanya.

Beliau berkata selain kerajaan, pihak lain termasuk UMK berpotensi untuk menyemarakkan seni budaya dan warisan Melayu.

Katanya transformasi pelajaran tidak lengkap jika elemen seni budaya dan warisan tidak dipupuk sebagai sebahagian intisari pembelajaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori