Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dr Halimah Akan Letak...

SHAH ALAM – Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri...

Aishah Kecewa Pemimpin Tertinggi...

NAMPAKNYA, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib atau Mat Taib tidak...

Ketua Pengarah Operasi Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang ketua pegawai operasi sebuah syarikat percetakan mengaku tidak bersalah...

Sultan Hassanal Bolkiah Berlepas...

PETALING JAYA - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat meninggalkan Malaysia hari ini...

Masalah Teknikal Rangka Sawat Punca Pesawat Terhempas

KUANTAN – Masalah teknikal berkaitan rangka sawat disahkan sebagai punca pesawat jenis Hawk 108 M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu sehingga mengorbankan dua juruterbangnya.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pasukan siasatan khas yang ditubuhkan ekoran kejadian itu mengenal pasti masalah tersebut selepas memeriksa bangkai pesawat berkenaan.

“Pemeriksaan dan penambahbaikan dilakukan terhadap pesawat jenis Hawk 108 milik TUDM sebaik sahaja masalah itu diketahui seperti yang digariskan panduan prosedur operasi standard supaya kejadian serupa tidak berulang.

“Dua pesawat jenis Hawk 108 juga telah berjaya menjalani ujian percubaan dan berada dalam keadaan baik. Kita akan membuat penambahbaikan terhadap kesemua pesawat serupa secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Sayap Penerbangan Kuartermaster Udara kepada 31 anggota TUDM dan dua angggota Pasukan Udara Tentera Darat di Pangkalan Udara Kuantan di sini, hari ini.

Affendi juga mengesahkan bahawa penemuan terkini itu telah dimaklumkan kepada waris juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan pesawat tersebut ketika kejadian berlaku.


Mereka dilaporkan berlepas dari pangkalan itu pada 11 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan 30 minit kemudian dan mayat mereka ditemukan di kawasan hutan di Chukai sekitar 2.30 petang hari sama.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata TUDM dijangka memindahkan pusat pemerintahan Markas Udara Satu di Sungai Besi Kuala Lumpur yang terlibat dalam projek Bandar Malaysia ke Kuantan pada awal tahun hadapan.

“Proses pemindahan akan bermula sebaik sahaja proses menaik taraf Pangkalan Udara Kuantan yang sedang berlangsung melibatkan pembinaan bangunan baharu bagi menggantikan bangunan lama yang dirobohkan selesai.

“Antara yang terlibat ialah pembinaan kuarters kerana kita menjangkakan proses pemindahan ini akan membabitkan 200 pegawai dan anggota daripada markas yang terlibat,” katanya. – BERNAMA

Kategori