Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Pelajar Britain Tinggal...

KUALA LUMPUR - Dua rakan universiti dari Britain mencabar daya ikhtiar hidup mereka...

Zuraida Dicadang Ketua Umum...

JOHOR BAHRU - Parti Bangsa Malaysia (PBM) bercadang mewujudkan jawatan ketua umum untuk...

Kerajaan Tak Pernah Pinggir...

KOTA KINABALU - Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan wanita khususnya yang bergelar ibu...

Bapa & Anak Jalin...

SEORANG bapa yang mengejutkan ramai kerana jalin hubungan sumbang mahram dengan anak perempuannya...

Masalah Selipar Hilang Boleh Ganggu Khusyuk Terawih

JEMAAH Masjid Al Munawir di Pinrang, Indonesia mengetahui bahawa setiap kali pergi ke masjid itu, selipar mereka kemungkinan besar akan hilang ketika menunaikan solat terawih.

Bagaimanapun masjid itu sentiasa penuh kerana ianya merupakan masjid kesukaan penduduk di daerah berkenaan.

Salah seorang jemaah, Azwar yang merupakan mangsa terbaru selipar hilang mengeluh, “Kelmarin kawan saya seliparnya hilang di sini. Sekarang giliran saya pula. Entah siapa lagi esok.”

Dia menduga ada seseorang yang datang ke masjid hanya untuk mencuri selipar.

Meskipun diletakkan di tempat terbuka, namun sering kali selipar jemaah tetap juga hilang.

“Mungkin ada yang pantau jemaah yang mengenakan selipar cantik. Semasa jemaah masuk, selipar tersebut diambil,” kata Azwar.


“Pengurus masjid harus mengambil inisiatif untuk keselamatan barang jemaah. Jangan sampai mereka hilang khusyuk menunaikan solat terawih. Salah satu caranya adalah pemasangan CCTV,” tambahnya.

Memang nampak ringan tapi ada benarnya. Di masjid mana pun termasuk negara kita, sempena Ramadan ramai jemaah yang datang menunaikan solat terawih maka seeloknya masjid dijamin keselesaan buat mereka, apatah lagi masjid-masjid yang punyai dana hasil kutipan tabung. Apa salahnya keluarkan sedikit untuk pasang CCTV, beli sejadah atau pasang karpet lebih tebal bukan?

Manalah tahu bermula dari Terawih, mereka yang selama ini susah benar hendak jejak masjid akhirnya jatuh hati untuk jadi pengunjung tetap yang mengimarahkan rumah Allah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori