Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berjaya Land Ambil Tindakan...

PETALING JAYA: Berjaya Land akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Pahang Tewaskan Perak 1-0...

KUANTAN - Pahang menewaskan Perak 1-0 pada perlawanan tunggal Liga Super yang berlangsung...

“Wakil Rakyat Pembangkang Tak...

WALAUPUN selama ini melaung-laungkan slogan kebebasan dan menuduh kerajaan Barisan Nasional sebagai bersikap...

Syarikat IT Digesa Manfaatkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa syarikat teknologi maklumat di negara...

Masalah Obes Selubungi Kanak-Kanak Malaysia

KUALA LUMPUR – Kajian ke atas kanak-kanak di empat buah negara Asia Tenggara menunjukkan bahawa tahap Perkembangan Bijak (IQ) golongan ini banyak dipengaruhi oleh tahap pengambilan nutrisi.

Kajian oleh Southeast Asian Nutrition Surveys (SEANUTS) mengenai tahap pemakanan kanak-kanak di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam menunjukkan bahawa nutrisi yang tidak mencukupi akan menyebabkan prestasi kognitif kanak-kanak rendah.

Dr Alvin Ng Lai Oon dari Jabatan Psikologi Universiti Sunway berkata, kanak-kanak yang tidak mendapat nutrien dengan secukupnya juga kemungkinan besar tidak mampu belajar secara aktif.

“Mereka juga mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawah daripada purata IQ,” kata Dr Ng dalam previu bengkel “Tahap Kebijaksanaan-Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja” yang akan diadakan Januari 2015.

PENTINGNYA PEMBANGUNAN KOGNITIF

Dr Ng, yang juga Penyelidik Perkembangan Kognitif untuk kajian Seanuts, berkata hasil kajian di Malaysia menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak negara ini mengalami kekurangan nutrisi.

“Ia boleh menyebabkan tubuh yang kurus, kurang berat badan dan ketinggian yang terbantut. Mereka yang mengalami masalah nutrisi berlebihan mengakibatkan berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes.

Di antara keempat-empat negara berkenaan, Malaysia bernasib baik kerana berada di tahap terendah untuk kategori kurus, kurang berat badan dan ketinggian yang terbantut.

Malaysia kini mencatatkan jumlah orang obes paling tinggi di Asia Tenggara.

Kajian ke atas kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun di negara berkenaan juga menunjukkan bahawa pengambilan nutrisi mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran dan kecerdikan semasa mental mereka sedang berkembang.

Jelas Dr Ng, khasiat yang betul membantu membina otak, rangsangan daripada ibu bapa dan penjaga membantu memperkembangkan sifat ingin tahu, mahu meneroka, kreativiti dan pembelajaran.

LIHAT JUGA PERKEMBANGAN FIZIKAL

Penasihat Pediatrik, Dr Yong Junina menambah penjelasan Dr Ng dengan menyatakan terdapat beberapa pencapaian penting yang harus diperhatikan oleh ibu bapa.

Ini termasuklah pencapaian mental, fizikal, emosi dan sosial.

“Aspek-aspek pembangunan dan pencapaian kanak-kanak seperti ini membolehkan ibu bapa mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka secara keseluruhan.

Menurut beliau, pakar kanak-kanak biasanya menganggarkan keupayaan tumbesaran kanak-kanak melalui pemerhatian dan keterangan ibu bapa mengenai pencapaian anak mereka.

Misalnya daripada usia satu hingga dua tahun, anak memiliki daya penglihatan yang baik. Keupayaan untuk berjalan dan bergerak sendiri membolehkan mereka melihat, menyentuh dan merasa lebih banyak benda dan orang di sekeliling mereka. Ia adalah peringkat bila sifat ingin tahu anak meningkat dan membuatkan mereka ingin lebih meneroka.


Pada usia dua hingga empat tahun pula, kemahiran motor mereka akan menjadi lebih baik dan ditambah dengan kemahiran lisan yang lebih jelas.

Kemahiran tersebut membentuk asas kepada pembelajaran dan aplikasi terhadap apa yang akan dipelajari mereka pada kemudian hari.

KEPERLUAN KHASIAT YANG BERBEZA

Ibu bapa juga disarankan agar memberi anak khasiat yang berbeza bagi memastikan perkembangan otak yang sihat dan aktif.

Ketua Program Sains Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Poh Bee Koon mengesahkan khasiat yang berbeza diperlukan pada pelbagai peringkat perkembangan untuk otak yang sihat dan aktif.

“Adalah penting bagi kanak-kanak membina otak dan sistem ototnya untuk membolehkan mereka berjalan dan bercakap, malah ia juga berkait rapat dengan prestasi tingkah laku.

Ibu bapa boleh membekalkan sumber zat yang baik seperti protein, asid amino, DHA, magnesium, vitamin B dan kalsium,” jelas Dr Poh.

Misalnya mangnesium penting dalam proses pembelajaran dan daya ingatan serta tenaga bagi otak. Ia membantu kanak-kanak berusia lebih empat tahun mengadaptasi apa yang dipelajarinya melalui proses kreatif.

Manakala vitamin D pula melindungi mata dan daya penglihatan kanak-kanak, iaitu alat penting bagi sifat ingin tahu.

Bagaimanapun beliau tidak menggalakkan ibu bapa memberi vitamin tambahan yang berbeza-beza kerana dibimbangi anak akan terlebih zat dan membawa kemudaratan.

Adalah lebih baik mereka memperoleh zat daripada makanan yang disediakan ibu bapa. Tetapi jika ingin memberikan vitamin, lebih baik memberikan anak multi vitamin.

Dr Poh, yang juga Penyelidik Utama SEANUTS Malaysia, merumuskan bahawa pemakanan adalah faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Kekurangannya boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan serta mengurangkan sistem imunisasi badan.

Buat ibu bapa yang mempunyai anak berusia antara satu hingga enam tahun dan berminat untuk menyertai bengkel ini, pendaftaran dibuka bermula 1 Dis 2014.

Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1800-22-1233 atau e-mel kepada [email protected]. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori