Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Akan Benar...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, Malaysia tidak akan membenarkan kapal-kapal...

Jangan Lupa Bayar Zakat...

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) menyeru umat Islam yang belum menunaikan...

Danyal Balagopal Umum Letak...

KUALA LUMPUR - Susulan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih bertanding bagi pilihan raya...

MCA Dedah Kanak-Kanak Pinjam...

PETALING JAYA - Veteran MCA memberi amaran mengenai permainan judi atas talian, mengatakan...

Martinez Cadang Hazard Tinggalkan Chelsea

PENGURUS Belgium, Roberto Martinez mencadangkan pemain bintangnya Eden Hazard patut meninggalkan Chelsea musim ini.

Hazard antara watak penting dalam skuad Martinez sepanjang kempen Piala Dunia di Rusia yang menyaksikan Red Devils merangkul kedudukan ketiga selepas menewaskan England dalam perebutan kedudukan ketiga/keempat.

Sebaik sahaja perlawanan berakhir, Hazard meluahkan keinginannya untuk meninggalkan Stamford Bridge dan membayangkan kelab yang bakal disertainya.

“Pemain memerlukan cabaran baharu untuk projek baharu. Harap ini masa terbaik buat Hazard dan Chelsea berpisah.

“Saya mungkin terkejut jika Chelsea tidak membuat tawaran lumayan untuknya,” ujar Martinez.

Pemain berusia 27 tahun tu dikaitkan dengan Real Madrid yang mahu Hazard menggantikan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Juventus dengan nilai perpindahan 99 juta euro minggu lalu.


Hazard kerap memberitahu pihak media bahawa setiap pemain mengimpikan untuk bermain dengan Madrid.

“Saya akan pergi bercuti dan berfikir untuk jawapan tepat. Selepas enam tahun tempoh hebat di Chelsea, ia mungkin masa sesuai untuk mencari sesuatu yang baharu.

“Saya boleh buat keputusan sama ada untuk kekal atau pergi, tetapi Chelsea akan buat keputusan akhir – jika mereka benarkan saya pergi,” ujarnya yang menjaringkan tiga gol Di Rusia. – mStar Online

Kategori