Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

EAS Yang Lebih Kuat...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) kini menyasarkan dialog dan kerjasama...

2.9 Juta Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.9 juta atau separuh daripada keseluruhan 5.8 juta pekerja...

Liga Malaysia: Hattapon Tekad...

KOTA BHARU - Bekas penyerang Kuala Lumpur FA, Hattapon Bun An yang kini...

Jangan Gunakan Sekolah Raih...

ISKANDAR PUTERI - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk...

Maritim Malaysia Lupus Dadah Seberat 864kg

PORT DICKSON – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini melupuskan dadah jenis ganja seberat 864 kilogram (kg) bernilai RM 2.5 juta di Pusat Kualiti Alam, Bukit Pelandok di sini.

Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata barangan yang dilupuskan itu adalah hasil rampasan dua kes yang dilakukan di Pantai Kuala Perlis, Perlis dan perairan Pulau Cupu, Langkawi, Kedah yang dilakukan pada Mei 2010 dan Jun tahun lepas.

“Rampasan pertama dilakukan pada 24 Mei 2010 di kawasan kira-kira 3.7 batu nautika dari Pantai Kuala Perlis. Sebuah bot kilat bersama enam anggota penguat kuasa dari Daerah Maritim Kuala Perlis yang sedang membuat rondaan telah mengesan plastik hitam yang dibuang oleh penyeludup apabila menyedari kehadiran bot Maritim Malaysia.

“Selepas diperiksa didapati ia mengandungi 235 ketulan mampat daun kering ganja seberat 235 kg dengan anggaran nilai RM705,000,” katanya pada sidang media selepas pelupusan dadah itu.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Cenviro Khalid Bahsoom dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Nurhazni Mat Sari.

Beliau berkata bagi rampasan kedua pada 3 Jun tahun lalu di perairan Pulau Cupu, Langkawi, sebuah bot petir dinaiki sepasukan empat anggota penguat kuasa mengesan plastik hitam terapung di perairan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 629 ketulan mampat ganja seberat 629 kg bernilai RM 1.8 juta yang juga dipercayai ditinggalkan oleh penyeludup untuk mengelak daripada ditahan pihak penguat kuasa Maritim Malaysia,” katanya.


Katanya pelupusan dadah pada hari ini menggunakan kaedah pembakaran secara selamat dan mesra alam yang dikendalikan oleh syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd.

Sementara itu, Zulkifili berkata sejak 2008 hingga tahun lalu, Maritim Malaysia merampas 1.12 tan dadah bernilai RM3.36 juta di seluruh negara dan menahan 10 individu membabitkan warga Indonesia, Thailand dan warga tempatan.

“Ini menunjukkan Maritim Malaysia serius dalam mengendalikan kes berprofil tinggi bermula daripada tangkapan, siasatan, perbicaraan dan seterusnya sehingga ke pelupusan barang bukti iaitu peringkat terakhir dalam sesuatu kes,” katanya. – BERNAMA

Kategori