Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Guna Tun M...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir...

Van Terbabas Ketika Turun...

BENTONG: Enam penumpang termasuk pemandu sebuah van maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas...

Kedah Pastikan Bekalan Air...

LANGKAWI - Kerajaan negeri mengambil beberapa langkah pembaharuan teknikal untuk memastikan bekalan air...

Malaysia Boleh Main Peranan...

KUALA LUMPUR - Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan keamanan di Ukraine...

Mara Taja Pelajar Keluarga Pendapatan RM6,000 Ke Bawah

LANGKAWI – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan akan menaja penuh pelajar cemerlang daripada kumpulan keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian di bawah kendaliannya.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata institusi-insitusi berkenaan termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Politeknik Mara dan Universiti Mara yang akan ditubuhkan.

“Untuk pelajar daripada keluarga kumpulan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan kumpulan M40 (pendapatan sehingga RM6,000 sebulan), kita akan taja penuh,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemukiman Yayasan Pelajaran Mara di sini hari ini.

Katanya Mara telah mendapat peruntukan sebanyak RM2 bilion daripada Bajet 2017 untuk meneruskan penajaan itu khususnya di bawah Skim Penajaan Cemerlang (SPC).

“Dengan (peruntukan) RM2 bilion ini, kita hendak memperbaharui kita punya komitmen bahawasanya program-program utama tajaan Mara itu diteruskan,” katanya.

Annuar berkata penajaan untuk pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian di luar negara juga akan diteruskan dengan tumpuan negara yang dipilih lebih rendah kos pengajiannya.

Menurutnya tumpuan ini perlu dibuat bagi membolehkan jumlah pelajar yang ditaja Mara dapat dikekalkan seperti mana yang dibuat pada tahun-tahun lepas.


Katanya sehingga kini, Mara menaja lebih 65,000 pelajar yang mana kira-kira 7,000 orang daripada mereka belajar di luar negara.

“Kira-kira 15,000 orang lagi pelajar baharu akan ditaja untuk tahun depan,” katanya.

Katanya Mara juga tidak akan menaja pelajar-pelajar yang mengambil langkah sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri tanpa melalui majlis itu kerana ia tidak sejajar dengan dasarnya.

“Untuk mereka yang melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah, Mara akan hanya menaja mereka yang dipilih ke universiti-universiti 50 terbaik dunia di bawah QS ranking atau lebih baik daripada universiti-universiti tempatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori