Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas, Nestle’ Perkenal...

DALAM fenomena cuaca panas yang kini melanda Malaysia, paling syok dan 'layan' kalau dapat menikmati...

Disuruh Cuci Tandas, ‘Pejuang’...

MUMBAI – Seorang pemuda yang beria-ia untuk berjihad dengan kumpulan militan negara Iraq...

Aswaja Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) membuat laporan polis...

Doktor Bunuh Wanita Ketika...

SEORANG wanita meninggal dunia selepas melakukan oral seks ke atas seorang doktor lelaki...

Mara Cadang Bina KPM Di Kampung Beris

BACHOK – Majlis Amanah Rakyat (Mara) bercadang membina sebuah Kolej Profesional Mara melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta di Kampung Beris di sini.

Pengerusi Mara Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kawasan seluas lebih 10 hektar telah disediakan di kampung berkenaan dan majlis peletakan batu asas pembinaan kolej itu akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

“Kira-kira 1,000 pelajar miskin terutama di kawasan luar bandar akan diberi peluang menyambung pendidikan secara percuma di kolej berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program Kanvas Minda Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Ketua Bahagian UMNO Bachok berkata antara bidang pengajian yang akan ditawarkan di kolej tersebut ialah perakaunan dan perniagaan.

“Pembinaan kolej berkenaan selaras dengan hasrat UMNO Bachok untuk menjadikan jajahan ini (Bachok) sebagai hab pendidikan dan pelancongan di negeri ini sekiranya rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya. – BERNAMA


*Sekadar Video Hiasan..

Kategori