Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Trofi’ Liga Juara-Juara Di...

MENJELANG perlawanan peringkat 16 pasukan Liga Juara-Juara, Neymar tampil dengan persediaan tersendiri. Pemain Paris...

80 Warganegara New Zealand...

Dalam ucapan Perdana Menteri New Zealand, John Key pada Mesyuarat Keselamatan Kebangsaan, beliau...

Kit Siang Tak Puas...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak berpuas hati dengan alasan...

Pembiayaan Bersih Terus Sokong...

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan pinjaman terkumpul sistem perbankan meningkat kepada 5.8 peratus pada...

MARA Belanja RM68 Juta Bantu Usahawan Bumiputera Pahang

KUANTAN – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tahun ini telah membelanjakan kira-kira RM68 juta bagi membiayai 850 usahawan bumiputera dalam usaha memperkasakan perniagaan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata pembiayaan itu sejajar dengan usaha kerajaan yang mahu melihat perniagaan yang dijalankan oleh golongan bumiputera terus maju dan berdaya saing seiring dengan usahawan bangsa lain di negara ini.

“Mara tidak akan pernah berputus asa dalam membantu usahawan bumiputera untuk mereka terus maju dalam perniagaan yang dijalankan dan akan terus memberi apa sahaja bentuk bantuan sehingga usahawan ini berjaya dalam perniagaan mereka.

“Jika lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya, lebih ramai akan mendapat peluang pekerjaan dengan meraih pendapatan yang tinggi setiap bulan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Keusahawanan Rezeki Berkat, Pendapatan Meningkat yang dianjurkan oleh Mara di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Mara Negeri, Kamaruddin Awang.


Shahiruddin berkata, Mara jua telah menyediakan 544 lot perniagaan di seluruh Pahang kepada usahawan-usahawan bumiputera untuk mereka menjalankan apa-apa sahaja bentuk perniagaan.

“Bagi membantu para usahawan ini terus memperkasakan perniagaan mereka, sebanyak 10 program keusahawanan yang melibatkan 270 usahawan telah dijalankan oleh Mara tahun ini iaitu dua program Kursus Pembudayaan Usahawan, empat program Pengwujudan Usahawan dan empat program Peningkatan Keusahawanan.

“Saya percaya usahawan-usahawan yang telah berjaya ini sudah menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang mengusahakan perniagaan mereka.

“Mereka juga dalam masa sama boleh membantu usahawan-usahawan baharu dalam konteks berkongsi pengalaman lepas atau semasa memulakan perniagaan sehinggalah bergelar usahawan berjaya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori