Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tanam Cili Di Tanah...

KANGAR - Biarpun tidak mempunyai kawasan kebun sendiri untuk bertani, seorang pemuda tekad...

Perintah Berkurung 24 Jam...

KUALA LUMPUR - Arab Saudi pada Khamis mengenakan perintah berkurung 24 jam di...

Syamsul Debat Tenang Walau...

KUALA NERUS - Walau terpalit kontroversi mempunyai hubungan dengan isteri orang, penceramah bebas...

Akhbar Turki Dedah Transkrip...

ANKARA - Akhbar Turki telah menerbitkan transkrip butiran baharu saat-saat akhir pembunuhan wartawan...

Manuel Pallegrini Disamun Dua Lelaki Bersenjata

SANTIAGO – Jurulatih bola sepak terkenal, Manuel Pellegrini disamun dua lelaki bersenjata ketika sedang berjalan bersama isterinya di ibu negara Chile, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.

Polis berkata kedua-duanya dilaporkan selamat dan penyerang berjaya melarikan dompet milik isteri Pellegrini.

Kejadian yang berlaku pada 11 malam pada Sabtu itu turut menjadi tajuk utama kebanyakan akhbar tempatan.

Kapten polis Vitacura, Gonzalo Munoz berkata, penyerang berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang dicuri dan kereta berkenaan kemudian ditemui ditinggalkan di sebuah kawasan kejiranan

Pellegrini, merupakan jurulatih kelab bola sepak Inggeris, West Ham United sedang bercuti di rumahnya di Chile. – BERNAMA

Kategori