Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Operator Kilang Muat Naik...

GEORGETOWN - Polis menahan seorang pemilik akaun Facebook yang memuat naik status berbaur...

Syarikat Ambil Sikap Tunggu...

GOPENG - Syarikat-syarikat yang sebelum ini tidak mendaftar bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan...

24 Calon Perajurit Muda...

SEREMBAN - Lima orang termasuk dua anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Lebuhraya PLUS Tapah-Gopeng Ditutup...

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Utara-Selatan antara Tapah-Gopeng ditutup kedua-dua hala sejak tengah hari...

Mantai Perdana Tawar 213 Ekor Lembu – Aminuddin

SEREMBAN – Sejumlah 213 ekor lembu disediakan sepanjang Program Mantai Perdana di Negeri Sembilan pada tahun ini.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata jumlah itu melibatkan 70 tan daging lembu bagi menampung keperluan masyarakat di negeri ini membuat persiapan juadah sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka Jumaat ini.

“Memang kita tidak sediakan semua bekalan lembu tetapi sekurang-kurangnya kita telah menyediakan satu program iaitu mantai perdana, itu yang kita tahu di Negeri Sembilan sahaja ada.

“Kita juga membuat beberapa penambahbaikan yang mana kita menghantar lembu terus ke daerah-daerah bagi mengurangkan kesesakan di sini, kita juga memberi ruang kepada setiap daerah merasai program mantai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Program Mantai Perdana di Tapak Kem Paroi lama dekat sini, malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir.

Beliau berkata harga yang ditawarkan pada program ini jauh lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM27 sekilogram bagi daging lembu dan RM34 pula bagi sekilogram daging kerbau.


“Program mantai pada kali ini turut membuat penambahbaikan dengan menyediakan lorong khas untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas membeli barangan yang dijual,” katanya.

Beliau berkata program mantai ini juga turut mendapat penglibatan daripada penternak, pekebun dan peladang yang menjual hasil mereka secara terus dari ladang tanpa menggunakan orang tengah dalam urusan jual beli.

Aminuddin juga berkata program tersebut akan diteruskan pada tahun hadapan sekiranya mendapat sambutan yang baik daripada peladang dan penternak. – BERNAMA

Kategori