Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Al-Fatihah.. Pelajar UTM Hilang...

JOHOR BHARU - Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, yang hilang ketika mandi...

Jersi Tiruan JDT Dijual...

JOHOR BAHRU - Tidak sampai 24 jam, pasukan bola sepak popular tanah air, Johor...

Pencinta Aktiviti Lasak Poland...

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak pencinta...

Terengganu Bangunkan Modul Bantu...

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu akan membangunkan satu modul baharu bagi memperkasa ekonomi...

Mangsa Kebakaran Terima RM25,000 Baik Pulih Rumah

KUALA TERENGGANU – “Kami sekeluarga bersyukur dan terharu sangat dengan bantuan kerajaan negeri yang akan menyalurkan bantuan sebanyak RM25,000 untuk membaik pulih rumah yang rosak akibat kebakaran malam tadi,” kata Razali Abdullah, 65.

Razali dan isterinya, Radziah Yusof, 59, berkata bantuan itu sangat melegakan kerana dapat meringankan beban kewangan mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana kami memang agak resah memikirkan kos baik pulih rumah di tingkat atas yang hangus terbakar semuanya malam tadi.

“Nasib kami agak baik kerana kebakaran tidak merebak sampai ke tingkat bawah dan bantuan ini memang sangat kami hargai kerana dapat digunakan untuk kos baik pulih tingkat atas,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi di sini hari ini.

Dalam kejadian 7.30 malam, rumah pasangan suami isteri itu di Jalan Budiman di sini musnah terbakar dipercayai akibat api lilin yang dipasang seorang anak mereka yang menghidap Down Syndrome.

Ketika kejadian, Razali dan isterinya berada di kedai runcit miliknya yang terletak tidak jauh dari rumah itu dan hanya menyedari kejadian itu selepas api semakin marak.

Razali juga berharap rumah mereka dapat dibaik pulih secepat mungkin kerana mahu berpindah semula ke rumah yang didiami sejak tahun 1978 itu.


“Sekarang kami tinggal sementara di rumah anak dekat Kampung Tok Nasek di sini.

“Pak cik reda dengan apa yang berlaku dan paling penting kebakaran semalam tidak melibatkan kehilangan nyawa. Harta benda yang musnah itu anggap sahaja bukan rezeki kita, pasti ada hikmahnya,” katanya

Sementara itu, Mohd Sabri berkata kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman akan menyalurkan sumbangan itu secepat mungkin bagi memastikan Razali dapat kembali ke rumahnya dalam tempoh terdekat.

“Selain bantuan RM25,000 itu, bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan keluarga ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori