Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cari Pelanggan, Warga Bangladesh...

KUALA LUMPUR - Seorang buruh warga Bangladesh didenda RM2,200 atau penjara tiga bulan...

Pangkat Dalam Parti Tiada...

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta ahli dan kepemimpinan UMNO supaya tidak...

Irfan Catat Rekod Baru...

SINGAPURA - Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin mencatat rekod baru kejohanan...

Reformasi Trump: Apakah AS...

AMERIKA Syarikat (AS) selalu menganggap dirinya sebagai simbol kesejagatan dunia. AS mempromosi dirinya...

Mangsa Kebakaran Di Christchurch Tiba Di Tanah Air

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terselamat dalam insiden kebakaran rumah sewa percutian di Christchurch, New Zealand baru-baru ini selamat tiba di tanah air hari ini.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini pada 5.27 pagi dengan menaiki pesawat yang ditaja khas AirAsia X.

Ketibaan mereka dengan pesawat D7 207 itu disambut pasukan AirAsia X, diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail.

Bercakap kepada pemberita, Benyamin berkata pihaknya merasa terpanggil untuk menghulurkan pertolongan dengan memberikan bantuan tiket penerbangan pulang secara percuma kepada kesemua mangsa kebakaran itu.

“Kami turut bersedih atas tragedi malang ini, dan kami bersyukur apabila mengetahui mereka dapat melepaskan diri daripada inisiden tersebut dan kini selamat pulang ke tanah air.

“Terima kasih juga kami ucapkan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dan Pejabat Pelancongan Malaysia di Auckland atas bantuan yang diberikan sehingga proses dokumen perjalanan pulang mangsa dapat dipercepatkan,” katanya.

Menurut laporan media, kebakaran yang berlaku pada 10 Sept lepas itu memusnahkan sebuah rumah percutian tiga tingkat yang diperbuat daripada kayu yang disewa oleh para mangsa di Clinton Terrace, Sumner.

Kesemua mangsa selamat, namun enam daripada mereka mengalami kecederaan sederhana dan ringan dan telah menerima rawatan di Hospital Christchurch.


Mereka juga kehilangan barang-barang peribadi termasuk pasport perjalanan yang mengakibatkan mereka terkandas di New Zealand.

Sementara itu, seorang daripada mangsa Rasol Abu Bakar, 59, berkata beliau bersyukur apabila kesemua anggota keluarganya terselamat dalam kebakaran tersebut.

Beliau berkata ketika kejadian mereka sekeluarga baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di rumah sewa percutian tersebut.

Rasol berkata beliau hanya ingat Allah dan mati sahaja ketika itu kerana api sangat marak dengan asap tebal menyelubungi seluruh rumah dua tingkat yang didiami.

“Saya bersyukur semua anggota keluarga termasuk dua cucu berusia dua dan empat tahun selamat selepas berjaya melepaskan diri melalui pintu hadapan dan belakang”, katanya yang mengetuai rombongan keluarga dalam percutian itu. – BERNAMA

Kategori