Mangsa Banjir Di Segamat Berkurangan Kepada 186 Orang

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat berkurangan kepada 186 orang 8 pagi ini berbanding 192 orang, 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata ia melibatkan 41 keluarga yang berada di enam PPS.

“Kesemua PPS membabitkan Balai raya Kampung Pogoh Tengah, Sekolah Agama Gemerih, Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Kompleks Penghulu Pogoh, Balai raya Kampung Sanglang dan Balai raya Kampung Bukit Senggir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayub berkata Jalan Kampung Sungai Pinggan di Pontian masih terputus hubungan akibat jambatan runtuh. – BERNAMA

Loading...