Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

54 Pelajar Diberi Tajaan...

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju memberi tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 54...

KWP Cadang Gelanggang Futsal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menyediakan kemudahan gelangang futsal secara percuma...

Agong Tiba Di Indonesia...

JAKARTA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di...

Dari Gadis Bikini Kepada...

TRAGEDI berdarah di Perancis pada minggu lalu membabitkan serangan ke atas pejabat majalah Charlie...

Mangsa Banjir Di Sarawak Terus Meningkat

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Sarawak meningkat kepada 6,952 orang pagi ini berbanding 5,178 orang malam tadi.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak masing-masing kekal seperti semalam dengan 255 orang dan 78 orang setakat 9 pagi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata, jumlah mangsa di Kuching meningkat kepada 4,269, Limbang (765), Samarahan (1,729) dan Mukah kekal dengan 189 orang.

Sementara itu, di KELANTAN, jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 255 orang sejak malam tadi melibatkan 62 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.


Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan berkata, sehingga 8 pagi tadi, kesemua mangsa masih ditempatkan di dewan sekolah, kilang dan masjid.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir masih kekal sebanyak 78 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 78 orang seperti malam tadi dengan 44 orang di Perak Tengah manakala 34 orang di Hulu Perak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori