Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pusat Pemindahan Banjir Di...

KUALA SELANGOR - Pusat pemindahan banjir di Surau Ladang Tuan Mee di sini,...

KM71.9 Jalan Sibu-Bintulu Ditutup...

SIBU - Laluan di Km 71.9 Jalan Sibu-Bintulu ditutup kepada lalu lintas petang...

Berusia 20 Tahun.. Ini...

ADELAIDE - Dua lelaki, Casey Dean, 34, dan Eduard Nitz,33 mendakwa memiliki burger paling...

CAP Gesa JAS Siasat...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS)...

Mangsa Banjir Di Kota Belud Menurun 2,073 Orang

KOTA KINABALU – Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud menurun kepada 2,073 orang hingga 1.30 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah satu daripada lapan pusat pemindahan yang dibuka sebelum ini iaitu Dewan Gopog Taginambur ditutup 11.50 tengah hari tadi.

Pusat pemindahan sementara yang masih dibuka ialah Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan SMK Taun Gusi 1, Dewan SMK Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taun Gusi, Dewan Muhibah Tombol dan Dewan SK Pekan.

Sementara itu, seramai 34 mangsa daripada sembilan keluarga dari Penampang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Lembaga Sukan Penampang disebabkan rumah mereka terlibat tanah runtuh ekoran hujan lebat dan angin kencang sejak beberapa hari lepas. – BERNAMA

Kategori